Friday, November 29, 2013

Ego ♠

"don't you dare to give up"
assalamualaikum
      alhamdulillah :) okay hari ni rasa gila-gila pelik sebab dekat rumah ni ada dua orang budak baru lepas bersunat. rasa janggal semua ada. sebab? before this mana ada sesiapa yang bersunat dekat rumah ni, so bila adikku dua orang ni bersunat, dapat merasa pengalaman jaga orang bersunat kan. cerewet dia, macam big boss. aku rasa macam kuli je. sabar je lah kan, sekarang je boleh merasa macam tu. heee nanti-nanti gua pula big boss nya. :D
     
       so yang tentang bakal zauj aku tu, semua dah langsai. cewah macam langsai hutang pula. eh memang hutang pun, hutang rindu, kasih sayang. geli aku bila cakap macam tu. it's not even an acting okay. memang aku geli bila aku cakap macam tu. entahlah kenapa, maybe because i'm scared to be honest? maybe lah kot. haha kan betul aku ni pelik melainkan korang pun pelik. krik~krik~

"kill this thing"
        so back to the point. ego aku ni tinggi melangit, tapi ikut time. kadang-kadang menurun sampai lemah longlai, mungkin sebab aku tak pandai kawal ego. unsure and unacceptable. kerana ego ni aku jatuh, kerana ego juga aku naik. dalam masalah aku kali ni, ego aku menaik sampaikan aku rasa nak bakal zauj aku tu betul-betul minta maaf, tapi aku silap, aku salah. setiap manusia berbeza kan ;) astaghfirullah. aku juga dah sakitkan hati abang aku. aku sedih, aku sakit hati, aku luahkan dekat dia. tetapi semalam, aku susah nak luahkan. you know me right, aku susah nak luahkan. emosi tak terkawal kot semalam sampai bakal zauj aku and abang aku, dua-dua kena perli habis dari aku. bangun pagi je, abang ada balas wechat. dia macam marah aku, then dia cakap dia tak suka aku cakap macam tu. bagus juga abang aku ni, harap gaya je macam chinapop. hahaha okay. aku tak balas sebab aku sakit hati dengan ayat dia. tapi percayalah, nanti aku juga yang tegur dia, and minta maaf. i'm used to it. dah memang salah aku kan.

       yang tentang bakal zauj tu, aku perli habis-habisan. sakit hatiku~ haha aku cakap thanks for that day and bla bla bla semua. sebelum tidur aku hantar. sebelum tidur tu jugalah aku menangis. haha macam budak kecil tak dapat gula-gula je cara aku menangis malam tadi. sebelum nangis tu perasaan meruntun nak nangis tapi ditahan. ego ego :) then bila budak twitter tu tweet la tahzan, start situ aku mula menangis sebab dia macam dapat rasa apa yang dilalui oleh aku. dia pun ada tweet

 "Siapa sangka gambar yang tersenyum bermakna dia gembira sedangkan dia terluka ."

Ya Allah lagi mengalir air mata aku. then dia tanya problem aku, tapi aku tak nak cerita. cukuplah selama ni dia dah baik dengan aku. syukran ya akhi zahir. aku hormat dia sebab dia ni pemalu and tegas dalam berbicara. aku hormat dia tak bermaksud aku suka dia. aku pun dah ada bakal zauj. aku tak kata bakal zauj aku ni jahat, bagi aku cukuplah bakal zauj aku ni ada, bagi aku dia dah cukup sempurna walaupun dia suka sakit kan hati ke apa, i don't care. perhatian aku ada dekat bakal zauj je. insyaallah kekalkan. aku tak nak selalu jumpa, takut bertambah dosa, so aku rasa better contact guna website or text kan.

       macam tu lah hidup, semua ada hikmah, semua ada silap. kalau silap, mohon diperbetulkan, kalau tak aku unfollow kau. haha gurau gurau. terikut-ikut twitter dah. bahana si burung biru. so lepas ni aku kena minta maaf. aku tak sanggup pahala aku kurang dekat akhirat. nauzubillah mohon dijauhkan.

p/s: bakal zauj tu bakal suami. abang aku tu, kawan bakal zauj aku. aku tak nak sebut nama, sensitive nanti, haha ok. 


             

No comments:

Post a Comment